Monday, October 31, 2011

Pengumuman...

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong Nur Ain Homemade Chocolate. Di sini saya ingin maklumkan Nur Ain Homemade Chocolate akan bercuti dari menerima tempahan bermula esok. 1.11.11 hingga di jangka sehingga Disember 2011 bersempena kehadiran cahaya mata baru.... Nanti bila saya dah sihat semula dan mula menerima tempahan saya akan inform semula ye. Terima kasih.....

Wednesday, September 7, 2011

Baru! Dark Chocolate perisa Hazelnut inti Badam Rangup!

Untuk penggemar coklat, anda boleh mencuba coklat ini. Sememangnya sedap.... Ini adalah tempahan yang di tempah oleh Cik Siti untuk majlis pertunangan beliau...
20 biji coklat box style warna peach. Jika anda inginkan bilangan coklat yang lain, contoh 25 biji/30 biji, e-mail/sms/call saya....Untuk harga?hubungi saya...Tq


Wednesday, July 13, 2011

Mini Karipap Inti Serunding Ikan dari Kelantan!!!

Sempena nak sambut Aidilfitri ni, mesti jemu makan biskut raya kan. Jadi, ni dia produk yang memang di gemari ramai. Mini karipap inti serunding ikan. Serunding ikannya sedap. Ikan segar dari laut.he3...


Harga
100 biji = RM18.00
50 biji = RM10.00
*Kalau nak beli secara borong, harga boleh di runding....untuk maklumat lanjut, hubungi saya ye. Tempahan juga di tutup pada 1 Ramadhan...Terima kasih

Thursday, July 7, 2011

Gambar semasa shooting untuk program TV1-Apa Kata Wanita...

Lama x update. Bz ckit menyiapkan tempahan. Bz pn sempat g shooting lakon semula untuk program tv.he3. Program ni sebenarnya untuk TV1. Mentor yang mengajar saya buat biskut ni dl yg jemput saya untuk menjayakan promosi beliau. Saya pun tumpang sekaki.he3. Terima kasih ye Kak Siti, jemput saya.... Program ni dah di tayang pada hari Ahad lepas (3 Julai)  jam 2 petang. Tapi, ada siaran ulangan hari Jumaat ni.Eh, hari ni la kan.lupa lak. Pukul 2 petang....Kalau yang berada kat rumah tu nnti tgk la ye...




Wednesday, June 1, 2011

Stock on hand kotak Biskut Unik & Coklat

Di sini ada beberapa jenis kotak yang berada di tgn saya skrg. Selain dari ini, saya kena order dgn supplier dl ye.

35 biji jenis book box. Warna brown.


35 biji warna merah




35 biji warna gold. Kotak plain & ada stamping bunga2 kat tepi.


Satu lg warna yg x sempat saya nak ambil gambar kotak warna oren merah.35 biji... Untuk harga, tinggalkan komen/ sms/kal/e-mail saya ye.tq

Tempahan untuk Hantaran Perkahwinan & Anniversary

Ni tempahan oleh Wanie dari Kelantan. Menggunakan special box warna hijau muda terang.Majlis perkahwinan pada 7 Jun nanti. Tapi, tempahannya dah siap di hantar. Tempahannya semua buah manggis. Lupa nak ambil gambar. Selepas packing baru ingat. Jadi, pinjam kotak utk ambil gambar ye wanie, hehehe. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga akhir hayat...

Yang ni pula tempahan dari ofismate saya. Kotak warna Gold.Last minit order. Katanya nak bg hadiah surprise kat husband sempena Anniversary. So sweet.... Nanti dia nak hias sendiri buat insan tersayang....



Yang ni pula yg saya buat untuk bagi kat mak mertua yg dtg berkunjung ke rumah saya minggu lepas. Buah tangan balik kg. 20 biji...


Sunday, May 22, 2011

Tempahan untuk Hantaran Perkahwinan

Tempahan oleh seorang customer saya yang baru sahaja melansungkan perkahwinan. Semoga berpuas hati.Terima kasih ye. Selamat Pengantin Baru...


30 biji bentuk campuran Sayur-sayuran

30 biji bentuk campuran Buah-buahan

Tempahan untuk 18/5/2011


35 biji campuran bentuk Buah-buahan kotak silver

Tuesday, May 10, 2011

Biskut unik Kembali!

Lama x update blog ni. X sempat. Jadi, hari ni ada kesempatan ni saya sempat la update blog ni. Skrg Nur Ain Homemade Chocolate telah mengeluarkan produk baru iaitu Biskut Unik. Terdiri daripada biskut berbentuk Buah-buahan dan Sayur-sayuran. Silalah menjamu mata ye. 100% handmade. Halal, Sedap dan sekali cuba pasti nak lagi...

Campuran buah-buahan & sayuran

Carrot

Cili merah

Epal hijau/merah

Jagung

Jambu air


Campuran sayur

Mangga

Manggis

Oren

Strawberi

Pilihan Inti:
-Inti Nenas
-Inti Kacang Merah
-Inti Pandan
-Inti Jem Strawberi
Harga:
50 biji = RM35.00
30 biji = RM26.00
20 biji = RM18.00
35 biji (kotak coklat biasa 35 cavity) = RM35.00
35 biji (kotak coklat special 35 cavity) = RM50.00

Kotak Special
Contoh kotak ada di bawah tajuk 'Kotak Gift'. Tempahan adalah hendaklah di buat awal sekurang-kurangnya 3 minggu awl. Design adalah pilihan anda....Sesuai untuk hantaran pertunangan/perkahwinan.

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...