Monday, September 23, 2013

E-book Teknik dan Resepi Rahsia Membuat Tart Unik (Bentuk Buah-buahan) dilancarkan!

Sepatutnya minggu lepas seperti yang di janjikan e-book Teknik dan Resepi Rahsia Membuat Tart Unik (Bentuk Buah-buahan) dilancarkan. Tetapi di sebabkan ada sebab-sebab tertentu, minggu ini baru dapat dilancarkan. Jadi, kepada sesiapa yang berminat boleh la ye tgk screen shoot e-book tersebut. Berminat, isi borang order kat atas tu ye...Harga RM60.....Bonus untuk tempoh yang terhad, saya akan berikan details supplier kotak yang saya dapat dan kotak tersebut sememangnya tiada di pasaran! Harga dan servis amat puas hati....

Topik-topik merangkumi:
1. Peralatan yang di perlukan untuk membuat tart
2. Resepi Rahsia Membuat Doh yang Gebu
3. Cara membentuk 7 jenis buah-buahan di tunjukkan secara bergambar 
4. Resepi Rahsia membuat Pewarna Tart yang Harum
5. Peralatan yang di perlukan untuk mewarna tart
6. Tips-tips penting berdasarkan 4 tahun pengalaman saya berkecimpung dalam bidang ini!
*Bonus untuk tempoh terhad-details supllier kotak yang tiada di pasaran!





Thursday, July 4, 2013

Harga terkini cookies raya 2013

Tahun ini, Nur Ain Bakery House menambah beberapa jenis biskut raya disamping mengekalkan produk yg ada. Disini harga terkini ye:

1) Tart Bentuk Buah-buahan & Sayur-sayuran = RM35 (40 biji) RM19 (20 biji)

2) Tart Gulung Nenas Gebu = RM30 (50 biji) *new

3) Semperit susu = RM15 (30 biji) *new

4) Biskut Cornflakes Madu Chocolate Rise = RM25 (50 biji) *new

Semua produk ni di hasilkan menggunakan Buttercup..... Gambar2 kuih nanti saya upload ye. Tak sempat lagi nk upload...

Sesiapa boleh jadi Agen Produk Nur Ain Bakery House

Ramai yg e-mail dan bertanya cara nak jadi agen sproduk-produk Nur Ain Bakery House. Jadi, di sini saya beritahu semua ye. Yang berminat dan faham syarat-syaratnya boleh la sms/call saya cepat2...Sebab kl dah byk sgt tempahan, saya x blh terima dah..... Syarat2nye senang jer...

1) Setiap produk Nur Ain Bakery House agen akan mendapat harga 20% lebih murah dari harga saya sendiri jual.Contoh harga tart bentuk sayuran & buah 1 bekas RM35. Agen dapat harga RM28.

2) Harga untuk agen jual kepada customer saya x tetapkan. Nak ikut harga saya atau nk up or down kan harga pn saya x kisah.he3...

3) Yang ni penting. Selepas order di buat, agen perlu bayar deposit 50% dari jumlah tempahan. Baru saya akan siapkan tempahan. Bakinya bayar masa tempahan di ambil. Deposit tu tanda agen tu betul2 nak tempahan tu. Bukan apa, ada yg order tiba2 cancel. Cian kat saye....dah buat penat2. Harap semua faham ye.Harap deposit tu bayar secepat yg mungkin. Sebab kl last minit, terkejar2 lak saya nak buat. Cian kat saye kan....

4) Untuk agen, pembelian minima anda adalah RM100.00. Kalau rendah daripada itu, x dapat harga agen ye. Agen kenalah yg boleh jumpa dengan saya time nak ambik tempahan tu. Nak ambil kat rumah saya Bukit Beruntung pn boleh. Atau kat Rawang/Rasa/Batangkali dan sewaktu dengannye. Nak gak kenal agen2 saye ni...... Saya x kan pos ye. Risiko tinggi....Tapi kalu ada customer agen yg minta di pos, itu t/jawab agen nak cas utk kos pos dan urusan pos. 

5) Kalau ada agen yang berminat dan luar dari kawasan yg saya sebutkan kat atas, boleh sms/kal ye. Boleh di bincangkan....

6) Tu jer syaratnye....berminat? Cepat2...meseg nama/lokasi kat telefon saya ye. Last terima tempahan adalah pada 31hb Julai atau sekiranya dah byk tempahan saya terima sebelum tarikh tu, saya terpaksa tolak.....Selamat menyambut bulan Ramadhan....

Wednesday, June 5, 2013

Penting! Perubahan packing untuk Tart Bentuk Buah-buahan & Sayur-sayuran....

Bermula bulan ini, Tart Bentuk buah-buahan & Sayur-sayuran dalam bekas bentuk love sahaja di keluarkan. Yang bentuk bekas bulat dan bentuk oval tidak di keluarkan.Intinya pula hanya jem nenas. Gambar kat tepi blog ni ye.....Harap maklum..

*Sekiranya nak copy gambar dalam album Nur Ain Bakery House, please minta izin dari hak milik ye....Terima kasih

Perubahan Baru Bermula June!!!!

Salam semua....lama x update blog ni. Tak sempat nak update disamping plan utk buat perubahan beberapa produk di Nur Ain Bakery House. Sedar x sedar dah hampir 4 tahun kami beroperasi dan produk Nur Ain Bakery House semakin melekat di hati semua. Jadi, bila dh lama ni kna upgrade apa yg patutkan...Jadi, slps ni jenguk2 la blog ni ye. Sebab de perubahan yg saya akan lakukan bermula hari ini!!!!

Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 dan Produk Baru....

Assalamuailakum dan selamat pagi semua. Mungkin tidak terlambat lagi Nur Ain Bakery House mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua....Semoga tahun baru ni memberi lebih sinar harapan dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini harapnya.

Dengan kepercayaan yg diberikan oleh customer2 Nur Ain Bakery House,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua.

Oleh hal demikian, tahun ini kami akan menambah lagi 1 produk iaitu kek. Kelainan yang ada pada kek yg kami akan buat adalah setiap kek akan ada filling. Seperti filling strawberry, blueberry, mango dan beberapa jenis filling lagi.....kek2 ni sebenarnya favorite sendiri.he3...Kami akan update jenis kek dan harga pengenalan utk kek2 ni nanti. Jadi, tunggu...

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...