Jana pendapatan suri rumah
BAGI peniaga bakeri, Norkhairul Bariah Nordin, bisnes bakeri homemade membantu golongan suri rumah sepertinya untuk menjana pendapatan tambahan.
"Kini, perniagaan bakeri dan pastri yang dijalankan dari r
umah ini menjadi sumber pendapatan saya sepenuh masa.
Perniagaan bakeri dan pastri di rumah menjanjikan keuntungan, berbaloi dengan kudrat yang digunakan," katanya.
Norkhairul Bariah mula berniaga kek secara sambilan pada 2011 ketika masih lagi bekerja di sebuah bank.
"Saya jual Moist Chocolate Cake yang ketika itu menjadi kegilaan orang ramai. Saya belajar membuat kek ini hanya melalui Internet dan Youtube, kerana kekangan masa itu mengikuti kelas bakeri dan pastri.
"Walaupun ramai yang jual Moist Chocolate Cake pada waktu itu, tetapi saya yakin perniagaan saya boleh pergi jauh kerana percaya pada rezeki masing masing," katanya.
Setiap minggu, pemilik Elynns Bake Deco ini akan menerima empat tempahan yang kebanyakannya daripada orang perseorangan dan golongan elit.
Katanya, produk pencuci mulut pavlova buatan sendiri (homemade) keluarannya sering mendapat tempat di hati pelanggan dan menerima tempahan tinggi setiap minggu.
"Saya turut menerima tempahan kek bertema yang menjadi kepakaran saya. "Selain itu, saya juga menerima tempahan lain seperti kek Brownies dan kek keju mangga, mengikut tempahan pelanggan," katanya...
Sumber Sinar Harian Online 18 Julai 2016
Saya suka membaca berita sebegini. Terutama perempuan, apabila bekerja, akan mempunyai dilema ingin melihat anak-anak membesar di depan mata. Jadi ini adalah pilihan kedua selain bekerja untuk mendapat pendapatan tambahan untuk keluarga. Jadi, dengan, kepada yang masih mencari-cari panduan, di harap ebook ini memberi manfaat.

No comments:
Post a Comment