Sunday, December 16, 2012

Mangga Crepe dan Strawberry Crepe

Kepada bukan penggemar durian crepe, Nur Ain Bakery House juga membuat mangga dan strawberry crepe. Memg lemak manis dan rasa masam manis...Harga untuk mangga crepe dan strawberry crepe juga sama iaitu RM10 untuk 5 biji.Terima kasih kpd customer saya, Puan Zaitie dari Rawang yg baru memesan 7 bekas durian crepe dan mangga crepe hari ni dan pick up sendiri...Gambar x sempat nak ambil....Jadi, sekiranya anda nak order, jadual minggu depan masih kosong. Jadi, cepat sms saya ye. Sori sgt kalau saya x angkat kal. Sebab kdg tgh drive dan kdg tu bz kat ofis. Hanya sms dan saya akan reply secepat yg mungkin ye. Terima kasih semua yg telah memberi support kpd Nur Ain Bakery House yg dpt bertahan sehingga ke hari ini....Dah lebih 2 tahun beroperasi....

Monday, December 10, 2012

Musim Durian Crepe....

Durian crepe yang menjadi favorite kpd penggemar durian. Sememangnya sedap. Kulitnya yang lembut beserta fresh cream+isi durian yg sememangnya satu kombinasi yg cukup sempurna. Makan time sejuk memg sejuk je tekak....Makan seketul, pasti nak lagi....harganya RM10 utk sebekas (5 biji). Tak de min order....Tak termasuk kos penghantaran ye....Kl nak pick up sendri pn boleh...


Kalau x minat durian pn x pe. Nak rasa crepe mangga?boleh jer order....

Tuesday, November 20, 2012

Harga pengenalan untuk Kek Aiskrim & Kek Coklat Moist

Hari ini, dengan ini dengan rasminya bermula hari ini Nur Ain Bakery House memulakan promosi harga pengenalan untuk Kek Aiskrim & Kek Coklat Moist. Diskaun 10% untuk new customer & 15% untuk repeat order....Harga biasa bagi Kek Aiskrim adalah RM45 dan RM30 untuk Kek Coklat Moist 1kg++....Tarikh last promosi ini adalah pada 31 December 2012. Kat bawah ni sample kek yg di buat sempena Birthday anak lelaki saya. Deco simple sebb nk cepat.he3...

1kg++
 RM40 - untuk new customer
RM38 - untuk repeat customer

1kg++
RM27 - untuk new customer
RM25 - untuk repeat customer

Tuesday, October 30, 2012

Pencarian agen untuk produk Nur Ain Bakery House

Kepada semua yang berminat untuk menjadi agen, sila email ke nurainshamlynn@gmail.com.
Syarat menjadi agen adalah anda serius untuk berbisnes bersama saya. Saya berpegang kepada "win-win situation".Pengambilan agen terhad, sekiranya berminat, email saya. Hanya agen yang dilantik oleh Nur Ain Bakery House layak menerima harga agen. Saya akan mengadakan kelas untuk produk keluaran Nur Ain Bakery House. Jadi, harga yuran special akan di berikan kepada agen nanti! Permulaan kelas akan di beritahu kemudian....Harap maklum

Friday, September 14, 2012

Nur Ain Bakery House telah berdaftar dengan SSM

Syukur alhamdullillah. Dalam kesibukan tugas harian, dapat juga meluangkan masa untuk mendaftarkan secara sahnya di SSM. Kini Nur Ain Bakery House telah berdaftar dengan SSM pada 12 September 2012 untuk tempoh 5 tahun. Jadi, hari ini dengan rasminya no.pendaftaran Nur Ain Bakery House iaitu SA0233382-H. Jadi, kepada semua pelanggan Nur Ain Bakery House, terima kasih di ucapkan kerana sokongan anda semua sehingga hari ini....

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Syukur alhamdulillah....Di harap tidak terlalu lewat untuk Nur Ain Bakery House mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kerana agak sibuk menerima tempahan sehingga sekarang, tidak sempat untuk update blog. Untuk kali ini, saya sempat mengambil masa untuk upload gambar produk terbaru Nur Ain Bakery House iaitu Bakul Pastri hiasan Bunga Gumpaste & Coklat Taj Mahal/Masjid 3D. Untuk bakul pastri,pilihan warna adalah Coklat & Kuning. Untuk Coklat Taj Mahal pula pilihan warna bergantung kepada permintaan....

RM100




RM120


Thursday, July 26, 2012

Tempahan untuk Hari Raya...

Alhamdullillah....sudah seminggu umat islam berpuasa. Nak order biskut raya? Tempahan masih di buka dan akan di tutup pada 10/8/2012. Untuk karipap mini pn boleh order lagi. Tempahan karipap mini tertakluk kepada stok.....Harap maklum

Saturday, July 21, 2012

Tempahan customer terbaru

Inti Jem Nenas & Jem Blueberi. Permintaan oleh customer dari Puchong.....Terima kasih ye.

Yang ni pula 20 biji inti jem nenas. Customer dari Damansara...

Sunday, July 15, 2012

Tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri...

Insyaallah seminggu lagi, umat islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Jadi, mungkin tidak terlalu awal saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua mendapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Jadi, tidak lengkap hari raya tanpa kuih dan biskut raya kan. Jadi, untuk tempahan hari raya, tempahan di buka sekarang dan akan di tutup pada 10/8/2012. Iaitu seminggu sebelum hari raya. Sebabnya, tempahan akan mula dihantar / pelanggan boleh mengambil tempahan seminggu sebelum hari raya... Cuma untuk tempahan karipap mini, tempahan di tutup pada 1 Ramadhan. Sebabnya karipap mini tu saya ambil dari supplier...Harap maklum ye.

Bakul Pastri + Tart Bentuk Buah inti Jem Nenas


Tempahan oleh Puan Zaiton dari Serendah. Terima kasih Puan Zaiton kerana membuat tempahan....Selamat Pengantin Baru kepada anak Puan....

Tempahan Wedding Gift


Tempahan oleh Puan Zaiton dari Serendah untuk perkahwinan anak beliau sebagai doorgift pada 7.7.2012. Terima kasih Puan Zaiton...


Tuesday, June 19, 2012

Bakul Pastri

Jika anda inginkan kelainan untuk majlis perkahwinan / pertunangan anda. Inilah yang anda cari....





Saiz 6" berserta dengan buah-buahan sekali. Kl nak letak sayur-sayuran pun boleh. Hiasan kat bakul pilihan anda....
Harga bergantung kepada saiz. Nanti akan di update harga ye.....

Tuesday, June 12, 2012

Fruit Tartlet

Produk terbaru adalah Fruit Tartlets. Anda boleh pilih buah seperti Strawberry, Kiwi, Peach & buah-buahan lain yang di fikirkan sesuai. Memang sedap.... Casingnya rangup, fillingnya creamy & ditambah pula rasa buah segar dari ladang....he3

Harganya? Nanti saya update ye....


Monday, June 4, 2012

Hantaran Perkahwinan

Tempahan oleh my customer-Ekin. 60 biji bentuk buah Epal Hijau & Epal Merah. Inti Jem Nenas & Jem Kacang Merah. Untuk hantaran perkahwinan beliau minggu lepas. Selamat Pengantin Baru ye Ekin...


Friday, May 18, 2012

New product!
Apam Polkadot. Pilihan inti Jem Strawberry, Jem Blueberry & Jem Kacang Merah.





Tempahan coklat bertemakan Coklat & Putih... Inti Badam Cincang




Yang ni pula tema Merah, Coklat & Putih...Inti Badam Cincang



Monday, April 9, 2012

Produk Bulan April

Kek Gula Hangus
Harga : 1 loyang (1 kilo)
RM25.00


Kek Lapis Asam Manis
Harga : 1 loyang (1 kilo)
RM30.00



Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...