Thursday, July 4, 2013

Harga terkini cookies raya 2013

Tahun ini, Nur Ain Bakery House menambah beberapa jenis biskut raya disamping mengekalkan produk yg ada. Disini harga terkini ye:

1) Tart Bentuk Buah-buahan & Sayur-sayuran = RM35 (40 biji) RM19 (20 biji)

2) Tart Gulung Nenas Gebu = RM30 (50 biji) *new

3) Semperit susu = RM15 (30 biji) *new

4) Biskut Cornflakes Madu Chocolate Rise = RM25 (50 biji) *new

Semua produk ni di hasilkan menggunakan Buttercup..... Gambar2 kuih nanti saya upload ye. Tak sempat lagi nk upload...

Sesiapa boleh jadi Agen Produk Nur Ain Bakery House

Ramai yg e-mail dan bertanya cara nak jadi agen sproduk-produk Nur Ain Bakery House. Jadi, di sini saya beritahu semua ye. Yang berminat dan faham syarat-syaratnya boleh la sms/call saya cepat2...Sebab kl dah byk sgt tempahan, saya x blh terima dah..... Syarat2nye senang jer...

1) Setiap produk Nur Ain Bakery House agen akan mendapat harga 20% lebih murah dari harga saya sendiri jual.Contoh harga tart bentuk sayuran & buah 1 bekas RM35. Agen dapat harga RM28.

2) Harga untuk agen jual kepada customer saya x tetapkan. Nak ikut harga saya atau nk up or down kan harga pn saya x kisah.he3...

3) Yang ni penting. Selepas order di buat, agen perlu bayar deposit 50% dari jumlah tempahan. Baru saya akan siapkan tempahan. Bakinya bayar masa tempahan di ambil. Deposit tu tanda agen tu betul2 nak tempahan tu. Bukan apa, ada yg order tiba2 cancel. Cian kat saye....dah buat penat2. Harap semua faham ye.Harap deposit tu bayar secepat yg mungkin. Sebab kl last minit, terkejar2 lak saya nak buat. Cian kat saye kan....

4) Untuk agen, pembelian minima anda adalah RM100.00. Kalau rendah daripada itu, x dapat harga agen ye. Agen kenalah yg boleh jumpa dengan saya time nak ambik tempahan tu. Nak ambil kat rumah saya Bukit Beruntung pn boleh. Atau kat Rawang/Rasa/Batangkali dan sewaktu dengannye. Nak gak kenal agen2 saye ni...... Saya x kan pos ye. Risiko tinggi....Tapi kalu ada customer agen yg minta di pos, itu t/jawab agen nak cas utk kos pos dan urusan pos. 

5) Kalau ada agen yang berminat dan luar dari kawasan yg saya sebutkan kat atas, boleh sms/kal ye. Boleh di bincangkan....

6) Tu jer syaratnye....berminat? Cepat2...meseg nama/lokasi kat telefon saya ye. Last terima tempahan adalah pada 31hb Julai atau sekiranya dah byk tempahan saya terima sebelum tarikh tu, saya terpaksa tolak.....Selamat menyambut bulan Ramadhan....

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...