Wednesday, December 12, 2018

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!

Kos Pemulaan Yang Kecil
Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah!
Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar kitamenunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan suka, mereka akan order!
Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepaskita mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi!.

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.
Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.
Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Jadi... Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?
                            http://bit.ly/RumahkuBakeri




No comments:

Post a Comment

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...