Tuesday, October 30, 2012

Pencarian agen untuk produk Nur Ain Bakery House

Kepada semua yang berminat untuk menjadi agen, sila email ke nurainshamlynn@gmail.com.
Syarat menjadi agen adalah anda serius untuk berbisnes bersama saya. Saya berpegang kepada "win-win situation".Pengambilan agen terhad, sekiranya berminat, email saya. Hanya agen yang dilantik oleh Nur Ain Bakery House layak menerima harga agen. Saya akan mengadakan kelas untuk produk keluaran Nur Ain Bakery House. Jadi, harga yuran special akan di berikan kepada agen nanti! Permulaan kelas akan di beritahu kemudian....Harap maklum

Friday, September 14, 2012

Nur Ain Bakery House telah berdaftar dengan SSM

Syukur alhamdullillah. Dalam kesibukan tugas harian, dapat juga meluangkan masa untuk mendaftarkan secara sahnya di SSM. Kini Nur Ain Bakery House telah berdaftar dengan SSM pada 12 September 2012 untuk tempoh 5 tahun. Jadi, hari ini dengan rasminya no.pendaftaran Nur Ain Bakery House iaitu SA0233382-H. Jadi, kepada semua pelanggan Nur Ain Bakery House, terima kasih di ucapkan kerana sokongan anda semua sehingga hari ini....

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Syukur alhamdulillah....Di harap tidak terlalu lewat untuk Nur Ain Bakery House mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kerana agak sibuk menerima tempahan sehingga sekarang, tidak sempat untuk update blog. Untuk kali ini, saya sempat mengambil masa untuk upload gambar produk terbaru Nur Ain Bakery House iaitu Bakul Pastri hiasan Bunga Gumpaste & Coklat Taj Mahal/Masjid 3D. Untuk bakul pastri,pilihan warna adalah Coklat & Kuning. Untuk Coklat Taj Mahal pula pilihan warna bergantung kepada permintaan....

RM100




RM120


Thursday, July 26, 2012

Tempahan untuk Hari Raya...

Alhamdullillah....sudah seminggu umat islam berpuasa. Nak order biskut raya? Tempahan masih di buka dan akan di tutup pada 10/8/2012. Untuk karipap mini pn boleh order lagi. Tempahan karipap mini tertakluk kepada stok.....Harap maklum

Saturday, July 21, 2012

Tempahan customer terbaru

Inti Jem Nenas & Jem Blueberi. Permintaan oleh customer dari Puchong.....Terima kasih ye.

Yang ni pula 20 biji inti jem nenas. Customer dari Damansara...

Sunday, July 15, 2012

Tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri...

Insyaallah seminggu lagi, umat islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Jadi, mungkin tidak terlalu awal saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua mendapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Jadi, tidak lengkap hari raya tanpa kuih dan biskut raya kan. Jadi, untuk tempahan hari raya, tempahan di buka sekarang dan akan di tutup pada 10/8/2012. Iaitu seminggu sebelum hari raya. Sebabnya, tempahan akan mula dihantar / pelanggan boleh mengambil tempahan seminggu sebelum hari raya... Cuma untuk tempahan karipap mini, tempahan di tutup pada 1 Ramadhan. Sebabnya karipap mini tu saya ambil dari supplier...Harap maklum ye.

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?.. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan se...